Friday, July 31, 2009

pENgemis




Suasana pagi yang nyaman,terasa lembut membelai kulitku. Ibuku mengajakku untuk menemaninya untuk pergi membeli-belah di pasar tani yang terletak tidak jauh dari kediaman ku.Dikala ibu sedang sibuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk dimasak, aku pun sengaja aku memisahkan diriku dengan ibuku untuk meninjau-ninjau suasana pasar itu, maklumlah setelah sekian lama di ''QUARANTINE'' di asrama...heheh.

***


Sedang syok berjalan, sambil menghirup udara-udara yang terapung-apung di udara...tiba-tiba...
aku terlihat akan seorang pemuda yang kurang sempurana akan pancainderanya duduk diatas lantai yang hanya beralaskan tikar kecil untuk membuat alas. Aku terasa amat kesian dan aku berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kekuatan untuk terus berjalan dan menunaikan hak-NYA sebagai hamba.

***


Aku pun terus berjalan sehinggalah ibuku selesai membeli barang, buat kali terakhirnya aku pun pergi menemui lelaki tadi tersebut, ''mane plak die ni''? Aku dalam kebingungan. Lantas, aku pun terus dan terus mencari dimanakah lelaki tadi tersebut. Setelah aku nampak kelibat lelaki tersebut, aku pun terkesima..., ''ha?''.

***

Apa yang aku nampak ni,bukan lah situasi yang aku baru nampak sebentar tadi . Pengemis itu hanyalah seorang boneka yang dihantar untuk mengemis ditengah-tengak kaki lima tersebut. Sekepala lelaki tersebut adalah diantara peniaga yang terlibat dalam perniagaan pasar tani tersebut.

***

Aku betul-betul geram dengan lelaki tersebut. Tapi, aku tak boleh menuduh dia, kerana mungkin dia dipaksa untuk membuat begitu. Apa-apa pun yang penting adalah pengajaran yang perlu kita ambil disini adalah, kita kenelah bebanyakkan teria kasih kepada Allah krn masih lagi diberi kesenangan hidup.............ALHAMDULILAH.






No comments:

Post a Comment